Bagi guru-guru yang beragama Islam, cara-cara berikut boleh diamalkan:
1. Sentiasa berwuduk - biasakan diri dalam keadaan berwuduk. Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Murid-murid misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa-apa yang dipelajari akan mudah diingati.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran - ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita membaca Al-Quranialah selepas solat lima waktu dan juga waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3. Banyakkan solat sunat - sebagai makhluk paling mulia disisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, dan solat sunat tasbih adalah diantara pelbagai solat sunat yang boleh dilakukan. Kita digalakkan bangun di sepertiga malam dan mendirikan solat sunat agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4. Selalu berdoa kepada Allah - kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa ialah pada malam jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insha Allah, Allah akan memakbiulkan doa setiap hambaNya.
5. Bersangka baik dengan Allah - kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bagi menguji keimanan kita sebagai hambaNya. Oleh itu, kita mestilah sentiasa bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkanNya jika terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah disebalik segala kejadian.
6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan - segala tekanan sewaktu bekerja akan dapat dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan dan beriadah. Situasi ini akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Selain itu, ikatan kekeluargaan juga bertambah erat dan kukuh.
No comments:
Post a Comment