Saturday, 14 March 2015
Pengurusan Emosi cara Islam
1. Sentiasa berwuduk - biasakan diri dalam keadaan berwuduk. Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Murid-murid misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa-apa yang dipelajari akan mudah diingati.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran - ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita membaca Al-Quranialah selepas solat lima waktu dan juga waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3. Banyakkan solat sunat - sebagai makhluk paling mulia disisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, dan solat sunat tasbih adalah diantara pelbagai solat sunat yang boleh dilakukan. Kita digalakkan bangun di sepertiga malam dan mendirikan solat sunat agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4. Selalu berdoa kepada Allah - kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa ialah pada malam jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insha Allah, Allah akan memakbiulkan doa setiap hambaNya.
5. Bersangka baik dengan Allah - kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bagi menguji keimanan kita sebagai hambaNya. Oleh itu, kita mestilah sentiasa bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkanNya jika terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah disebalik segala kejadian.
6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan - segala tekanan sewaktu bekerja akan dapat dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan dan beriadah. Situasi ini akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Selain itu, ikatan kekeluargaan juga bertambah erat dan kukuh.
Sunday, 8 March 2015
Cara-cara menangani stress dan burnout
1. Berfikiran realistik terhadap pekerjaan anda
- akui kekuatan dan kelemahan diri
- sentiasa berfikiran positif
- lakukan yang terbaik ketika bekerja
- memupuk sikap suka bekerja dan menambah ilmu
2. Rancang kerja / jadual kerja anda
- urus masa dengan bijak
- utamakan subjek yang penting
- elakkan bertangguh
- rancang jadual kerja
3. Tingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
- lihat masalah dengan rasional
-senaraikan masalah ikut keutamaan dan langkah untuk mengatasinya
- nilai kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian masalah tersebut
- ambil tindakan yang wajar
4. Amalkan komunikasi yang berkesan
- bersikap lembut tetapi tegas
- bersikap asertif
- hormati pandangan orang lain
- luahkan pendapat dengan penuh sopan
5. Amalkan gaya hidup sihat
- luangkan masa berehan / beriadah
- elakkan bergaul bebas
- elakkan minum arak, hisap rokok, masalah dadah
- berpegang teguh pada ajaran agama
6. Semaikan semangat berpasukan
- jalinkan hubungan
- senaraikan rakan / individu yang mampu membantu
- kongsi masalah anda
- luangkan masa membantu rakan bermasalah
7. Amalkan diet dengan disiplin yang kuat
- makan makanan seimbang
- elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik
8. Hargai kebolehan diri sendiri
- perlu memiliki sikap yakin diri
- hargai kebolehan diri anda
9. Cintai diri sendiri
- " cintai diri kamu sebelum kamu mencintai orang lain " - maksud sebuah Hadis
- Mulakan kehidupan dengan senyuman.
Friday, 6 March 2015
BURNOUT
Definisi
Burnout merujuk kepada kehilangan minat seseorang pekerja terhadap orang- orang yang bekerja dengannya (Maslach, 1976, Seidman &Zager,1837).
Tanda-tanda burnout:
- setiap hari kelihatan lesu.
- sentiasa berhadapan dengan rintangan yang sukar ditangani.
- tanggungjawab dianggap sebagai usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
- prestasi dan hubungan interpersonal di tempat kerja dan di rumah merosot.
Cara-cara menangani stres:
* elakkan diri daripada individu yang menyebabkan stres.
* tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
* kongsi pandangan dan luahan dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.
* libatkan diri dalam perbincangan atau forum.
* menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.
Tanda-tanda stres:
- masalah ingatan
- kurang beri tumpuan
- membuat penilaian tidak tepat
- sakit sendi, cirit-birit, sembelit
- sakit kepala, pening
- makan lebih atau kurang
- tidur lebih atau kurang
- suka menyendiri
Thursday, 5 March 2015
Punca-punca stres
* mengajar murid yang kurang bermotivasi
* mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah
* tekanan masa dan beban kerja
* menangani perubahan
* dinilai oleh pihak lain
* konsep kendiri dan status
* pihak pentadbiran dan pengurusan
* konflik peranan dan tidak jelas
* persekitaran kerja yang tidak kondusif.